top of page

DERAI-DERAI CEMARA

ESTETIKA

Harapan yang hilang

Sajak ini merakamkan harapan Chairil yang musnah bersama daun-daun pohon cemara yang menderai dan dahan yang merapuh pula menggambarkan keadannya yang menghadapi sakit dan duka. Kegelapan menandakan putusnya suatu harapan dan perjuangan sehingga dia hanya mampu berserah pada takdir.

Kematangan

Chairil Anwar menyuarakan tentang dirinya yang semakin meningkat usia telah menyebabkannya menjadi lebih matang dan kuat untuk menghadapi realiti. Pemikirannya yang diperjuangkan sebelum ini pula harus dilepaskan atau ditinggalkan. Waktu penulisan sajak ini merupakan detik perubahan sikap dan pendirian Chairil yang dipengaruhi faktor kesihatan dan kejadian di sekelilingnya.

 

Keinsafan


Chairil Anwar meluahkan tentang penyerahan pada Tuhan dan penerimaannya terhadap ketentuan takdir. Pada saat menulis sajak ini, Chairil mungkin merasakan hidupnya bakal berakhir. Namun, masih ada perkara yang ingin dilakukan dalam hidupnya yang barangkali tidak berkesempatan kerana setiap yang bernyawa pasti bertemu mati.

Mengikut struktur puisi tradisional

Setiap rangkap diakhiri dengan rima abab. Mungkin kerana dia akur bahawa tidak banyak perubahan yang boleh beliau lakukan di penghujung hayatnya. Mungkin juga kerana ingin melihat puisi terakhirnya diluluskan dan diterima sebagai sajak. Oleh sebab itu, beliau mematuhi skema bunyi di akhir rangkap dalam bentuk kuatren (jumlah bait dalam setiap rangkap) seperti puisi yang norma. Ini menimbulkan keindahan irama.

 

Pemilihan Kata (emotif)

- terasing - seakan Chairil terasa asing dan tidak mengenal sesiapa pun

- cinta sekolah rendah - Chairil menganggap cinta-cinta lamanya sebagai cinta sekolah rendah

- Penggunaan perkataan alam, “cemara" yang bermaksud kayu pohon/dahan. Kayu pohon yang fragile, sama seperti kehidupan.

- Dahan - bagian tubuh manusia yang kian lemah dengan kiasan perkataan ‘merapuh’

merapuh menunjukkan penyair merasakan sesuatu yang tidak kokoh dalam diri

- malam - simbol bagi kesunyian, akhir dari sebuah kesunyian

Aliterasi

- pengulangan h - hidup hanya menunda kekalahan

RETORIKA

bottom of page