
Selamat datang ke alam mayaku.
Namaku Chairil Anwar, anak watan Indonesia. Aku mula menulis sajak sejak umurku belasan tahun.
Pada tahun 1943, aku ingin sajak² diterbitkan di majalah Pandji Pustaka! Namun, editor² di sana menolak sajak² aku.
Dikatanya, sajak² aku mengikut “Susunan Dunia Baru”, terlalu individualis, terlampau mem-Barat. Ia tidak berhak diterbit langsung.
Mengapa? Kerana mereka menolak Vitalisme.
Pendidikanku tidak seberapa. Terbatas. Aku bersekolah di sekolah rendah Hollandsch-Inlandsche School (HIS) dan seterusnya, Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO), sekolah menengah pertama Belanda, di Indonesia. Aku fasih dalam sekurang-kurangnya 3 bahasa selain Bahasa Indonesia; iaitu bahasa Inggeris, Jerman, dan juga Belanda.
Kehidupanku, berwarna-warni. Ibu-bapaku terlalu manjakanku. Aku dapat apa yang ku mahu. Bapaku, Toeloes, seorang Pamongpraja di Medan & pada zaman revolusi, pernah dilantik sebagai Bupati Indragiri. Ibuku, Saleha mempunyai pertalian keluarga dengan ayah Sultan Syahrir, tokoh PSI.
Mewah sungguh, bukan? Hah. Dasarnya mewah, dalamnya, bertengkar. Ibubapaku tidak bersefahaman langsung. Kerap bergaduh sahaja. Mungkin, pemikiranku terpengaruh daripada mereka, keras kepala. Mungkin.
Ah, aku sayang nenekku. Dia menjagaku dengan baik sekali. Ingin aku ceritakan semuanya tentang kehidupanku, namun, masa tidak mengizinkan.
Hayatilah sajak² aku dan bolehlah kau mengenaliku.
